Friday 25 July 2014

Last Moment "Ramadan" In School

Last Moment "Ramadan" In School

Assalamualaikum

Hai guyz :D Today I want to tell about moment yang berlaku last Ramadan di asrama. Saya adalah senior tahun ini,so tahun ini adalah tahun terakhir saya di sekolah. Huhu,sedar tak sedar lagi 5 bulan je masa yang saya ada to spend as a secondary student. Actually this week full of event. Kita nak star dari mana? Kanan? Kiri? Depan? Belakang? Hurm.. Entah lah.

Hari Selasa kami pelajar asrama telah mengadakan Majlis Khatam Al-quran Peringkat Asrama 2014. Alhamdulillah, segala yang dirancang telah berjaya dilaksanakan. Hah! Kawan-kawan tahu tak apa tu khatam al-quran? Ia adalah program yang dilakukan sebagai tanda kita dah berjaya khatam atau habiskan baca al-quran. Kebiasaannya setiap qari akan membaca 1 surah bermula daripada surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas. Then program diteruskan dengan pemberian cenderahati kepada qari,imam dan bilal. Barang yang diberi adalah kain pelekat. Semoga mereka menggunakannya untuk solat berjemaah di surau.

Hari Rabu sekolah pula mengadakan Majlis Khatam Al-quran. Tapi bukan tu je, kami juga ada pra-persaraan bonda tercinta kami huhu. Kami telah kehilangan seorang ibu yang menjaga kami dalam keadaaan susah dan senang. Bonda Siti Zubaidah telah manjadi pengetua sejak saya melangkah masuk ke SAM Hulu Langat dan bersara pada tahun terakhir saya di sekolah. A lot of a amazing memories have been made by our principal :)


Puan Siti Zubaidah Binti Ahmad
"Best Lovely Teacher In Our Heart"
Hari khamis 24/7/2014 cuba teka apa yang berlaku? Jeng-jeng kami satu group dengan Umi Atifah Binti Salleh untuk Bahasa Inggeris. It's was her last period because she also going to retire also. So,we make some surprise for her :) Mula-mula Adibah act as pelajar yang sedang sakit. Then Umi Atifah came to see adibah dengan muka yang kerisauan and don't want something bad happen to her. When that moment happen, kami sing a special song to my umi Atifah. Umi Atifah terkejut dengan apa yang berlaku. She also smile dan terharu when we do that. Lastly, we take selfie with umi Atifah with monopod.

 Puan Atifah Binti Salleh
"Best Gorgeous English Teacher"

"We Will Get A's In English and SPM!!"
Thanks umi Atifah for selfie with us :D
What you feel when 2 teacher were retire? Kami rasa sedih kerana mereka adalah cikgu yang benyak mengajar pelajar erti kehidupan yang sebenar. Tanpa mereka tidak akan lahirlah jurutera, doktor mahupun perdana menteri.
That some stories from me. Hope you can enjoy with my blog :)

Saturday 19 July 2014

Affordable online shopping

Affordable online shopping

Assalamualaikum 

Hi guys :) Korang dah beli baju raya? Saya dah beli kot.. Excited sangat nak raya katanya lah >< tapi tahun ni raya saya tak dapat nak enjoy sangat huhu. SPM is just around so kena lah study banyak-banyak. Tak boleh nak main-main lagi dah. This year I have got 3 pair of baju raya. Banyak tu tapi tak tahu bila nak pakai baju tu semua. Thanks to my umi for buy that for me. I love my umi so much 

Okay. Kat sini saya just nak share one website that you can buy your baju raya, kasut raya, gym equipment dan sebagainya dengan harga yang berpatutan. Dan untuk yang rasa dah terlambat untuk beli semua tu haha. First time see this website, I can't believe that the price was cheap. But that the true. 

For everyone love shopping this will be the website you will always like it. Anda bole beli a lot of thing with low bajet hehe. It's the exactly the website you will always find. For those love sport also can get your jersey and gym equipment here too.





Saya just share je but for you to buy it's up to you. I hope you all can get a benefits from this. Don't forget to share with your friend :) 
"Sharing Is Caring" Also remember this, sambil rakan-rakan membeli tu ingatlah saudara kita yang kurang berkemampuan dan yang sedang menderita dalam peperangan. So, menderma lah untuk kita sama-sama membantu saudara kita di sana.You can check this below url to help them.


"What We Give We Get Back" Kehidupan ini ibarat roda yang mana kadang kita berada di atas dan kadang kita berada di bawah. Maka, saat kita di atas bantu saudara kita yang di bawah.






Friday 18 July 2014

"Untukmu Saudara Palestin"

"Untukmu Saudara Palestin"


Assalamualaikum

Saat hari raya yang akan menjelma kita berpakaiankan baju baru, kasut baru dan sebagainya. Saudara kita di sana berpakaiankan darah, linangan air mata dan kehilangan orang tersayang. Allahu akbar! Betapa besarnya dugaan dan ujian yang diberikan ALLAH kepada mereka. Andai kita yang berada ditempat mereka, sanggupkah kita untuk menghadapinya? Sekadar melihat gambar-gambar sahaja sudah membuatkan kita terasa peritnya apatah lagi jika kita berada di situ.

Sekadar berdoa sahaja tidak mencukupi untuk membantu mereka, perlulah disulam dengan usaha-usaha yang istiqamah dan mampan. Persoalan yang perlu ditanya dalam diri setiap daripada kita.. Apakah bentuk bantuan yang boleh kita berikan untuk mereka? Ketenteraan? Kewangan? Salahkah kita untuk mengunakan nikmat yang ALLAH berikan untuk mereka? 

Kami terasa terpanggil untuk bersama-sama memberikan segala yang termampu untuk mereka. Oleh itu, sekolah kami telah melancarkan tabung "UNTUKMU SAUDARA PALESTIN" bagi membantu mereka dari segi bantuan kewangan. Mungkin ini hanyalah usaha yang amat kecil dapat kami lakukan. Kami percaya bahawa ALLAH tidak akan bertanya berapa banyak hasil yang anda dapat tetapi ALLAh akan bertanya berapa banyak usaha yang telah kamu lakukan?


Kami menyeru rakan-rakan semua untuk bersama-sama membantu mereka!
Jika kita tidak dapat menjadi penderma, jadilah orang yang mencari penderma kerana kita juga Insya-allah akan mendapat sahamnya di akhirat kelak. 


Ingatlah rakan-rakan semua bahawasanya harta yang kita ada bukanlah milik kita melainkan kita menyalurkan harta tersebut ke jalan-jalan ALLAH.
Saya merayu dan memohon kepada rakan-rakan yang ALLAH telah berikan rezeki yang melimpah ruah untuk memberikan sumbangan. Sanggupkan anda melihat lebih banyak kematian yang berlaku mungkin kerana anda tidak membantu mereka? We Never Know That. Saya mengajak rakan-rakan semua untuk sentiasa bertanya soalan ini dalam diri sendiri. "Macam mana dengan apa yang aku ada ini dapat bantu aku di akhirat nanti?" Renung-renungkan dan ambil tindakan. 

Terima kasih sudi menyumbang dan membantu :) Semoga usaha murni rakan-rakan semua mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat. Insya-ALLAH.


Saturday 12 July 2014

3 IFTAR IN ONE WEEK

3 IFTAR IN ONE WEEK

Assalamualaikum Guys :)

Just nak share something new happen in my life 0.o Im very thankful dan bersyukur sangat sebab dapat rasai pengalaman yang sangat menarik ni >_< First Iftar saya adalah bersama-sama dengan rakan seperjuangan di sekolah (Pengawas). Buat kat dewan sekolah je .. X grand mana lah kan. Tapi BESt sangat sebab dapat makan nasi minyak (menu utama).. Time makan tu teringat lak kat budak asrama yang makan kt DM. Haha.. Hari tu gak Birthday my lovely friend :) Nama dia Rabi'atul Adawiyah. Semoga dipanjangkan umur dan jadi insan yang berguna :D Some of memories >>












"Kek yang xseberapa tetapi bermakna utknya"
Tu lah Birthday Girl kita, yang kena suap >>

x
Saya dengan rakan-rakan seperjuangan :) Berjuang utk habis makanan haha.



Overall semua pengawas SAM Hulu Langat. You're all awesome !

Second Iftar has been at MAEPS Bistro, Serdang Seri Kembangan. Actually this for KRS dan KSG.. saya xde kaitan langsung dengan dua benda tu pun. Tapi saya follow gak sebab lastly it's open for anyone. Haha.. Cuba teka apa yang best? Hurmm.. siapa dapat jawab saya bagi hadiah ! Ofcourse lahh dapat makan banyak. Buffet Ramadan promotion. Kami makan seolah-olah macam xmakan sebulan je. Bayangkan dah kalo makan dari 7.50 mlm -9.00 mlm xhenti-henti tu nk cakap apa.. haha, paling sedap makan steamboat. Perghh! dah lah sedap then boleh tambah lak. Berbaloi dapat gi . Bayar pun RM35 je. Hopefully dapat gi lagi :D



Kami dengan DJ yang bertugas (lupa lak nak tanya nama dia)

Sorry xde gambar time makan sebab semua khusuk makan xingat dunia haha. Nice place nice memories :)

Third IFTAR organized by my school for Form 3,4 and 5 but I cannot join it. Huhu. Sedih kot xdapat nk follow sekali. My umi cannot drive in night. I understand that :) Daripada schedule yang saya baca imam terawih adalah Johan Qari Antarabangsa 2012. Nama xingat lak hehe.
Hope you guys have been fun there ;)

Live is fun and amazing ! Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam !
#TakeALook



Saturday 5 July 2014

Hari Bicara Akademik di Sekolah

Hari Bicara Akademik di Sekolah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hurmm.. scary? happy? sad? mix of feeling? Segala macam perasaan yang timbul dalam diri setiap pelajar bila tiba hari itu. Korang tau tak apa tu sebenarnya hari bicara akademik tu? Hehe.. Pada hari itu pelajar-pelajar akan menerima result setelah bersusah payah belajar bersama parents mereka. Susah payah belajar? ye ke? Entah lah. Aku tengok time exam pun budak-budak ini Happy Gud Lucky jee. Termasuklah aku ini. Haha. Hah! Ini lah sekolah aku dan rakan-rakan.





Lawakan? The beautiful school in hulu langat. Hehe. I'm proud for study here :D Best memories was there.. Kami terima result tu pada 4/7/2014 di dewan kesayangan kami. Dewan Az-zamakhsyari! Pelajar-pelajar diminta untuk ambil result di situ tau. Tapi lah kan, aku terfikir jugak kenapalah cikgu nak semua pelajar ambil ambil result kat situ? Dah lah pelajar tu semua 800++. Penuh lah kan dah kalo semua ambil serantak? Macam ne dah dewan tu kan. Kepadatan dengan manusia. Haha.. 

Program tu start dalam pukul 8.00 pagi - 12.00 tengah hari. Tapi aku tengok yang parents budak-budak ini dah sampai sebelum jam 8.00 pg. Mungkin tak sabar nak tengok result anak-anak mereka kot. Or xsabar nak marah anak mereka sebab result teruk sangat kan. Haha. It's up to parents lah. Dalam keasyikan melihat budak lain ambil result dengan parents mereka, aku pun wat lah kerja-kerja yang patut dibuat. Hah! kerja apa lah yang aku wat tu? Entah lahh..  Tidur? Mengumpat? homework? Aku siapkan kerja yang Cikgu Atifah bagi yang dah berkurun tu. Nak wat macam mana cikgu tu xlama lagi nak bersara kot. Huhu.. Sedih lahh. Cikgu tu antara cikgu BI yang paling best dalam My List of Teacher BI. Hehe.
Ni lah antara muka aku bila menunggu My Umi to coming. Hurmm.. Of course lah boring sangat lah. My umi datang dalam jam 11.30 pagi. Aku kena tunggu dalam 3.5 jam. Huh! Lama tu.. Tapi xpe, jangan risau sebab segala yang berlaku tu kan ada hikmahnya. Dalam masa menunggu tu, aku berjaya siapkan satu karangan BI. Yeay! Happy kot walaupun satu je yang aku berjaya siapkan :) Lepas tu aku layan lak Demi Lovato punya performance. Best sangat! Xlive lahh, video je. Aku paling suka bila part die tarik tu >_< 

Dalam layan video tu, my umi pun call. Umi cakap yang dia on the way nak sampai lah. Arghh.. Cuak! Takut! but still in cool face. My umi akan mengetahui result aku. Hah! nk jawab apa lah nanti kan? Fikir dan fikir.. I got idea. Aku cakap lah aku xbaca time exam tu. End of story :) Haha. We wait that. Akhirnya my umi selamat sampai ke sekolah aku. Alhamdulillah. Aku pun wat lah muka happy je macam seolah-olah xde apa yang berlaku. Then aku temankan umi ambil result kat dewan. In 3,2 and 1.. Umi mulakan kata yang menarik. "Loqman.. kenapa teruk sangat result ni? Semua mata pelajaran jatuh ni. Kata nak gi oversea tapi result macam ni." aku pun jawab "Umi, Insya-allah man akan cuba yang terbaik untuk exam akan datang" 

Aku tau yang setiap parents nak kan yang terbaik daripada anak-anak mereka. So, para pelajar sekalian try as hard as much you can to make your parents proud :D Termasuk lah aku.. So, Loqman sedar lah diri tu sikit ehh yang SPM tu xlama lagi tau. Pray for us in SPM this year. That's all some story from me.

#TakeALook                      #SPM2014                          #SAM10                                  #BeYourSelf