Friday 29 August 2014

Cabaran Itu Indah

Assalamualaikum

Hi Guys.. Sori lama gak tak update ni. Hah, ni saya nak cerita sikit apa yang menarik :) Okay,ramai tak yang rasa tak nak langsung ada cabaran? Angkat tangan sikit. I feel the same too. Kalo benda tu xde kan mesti best. I will Be The Happy GoLucky :D Hurmm. Tapi kawan-kawan tak boleh lah nak berfikiran macam tu. Mestilah setiap cabaran tu ada hikmahnya.

Korang pernah dengar ayat  ni x? Setiap cabaran tu akan mematangkan kita. Kalo yang pernah dengar tu baguslah. Kalo yang xpernah tu. Jom dengar tau. Bagi yang pernah jadi pelajar tu kan. Mesti korang akan alami pelbagai cabaran sebelum cemerlang dalam pelajaran. Nak kena stay up lah untuk study. Kalo result teruk, kena marah dengan parents. Hurm.. Banyak kan cabaran tu. Tapi bila korang dah berjaya dalam pelajaran tu kan. Mesti korang happy sangat-sangatkan. Tu lah dia cabaran. Bila kita dah gapai kejayaan tu, Kita akan rasa keindahannya ;)

Bila cabaran tu datang, jangan lah pula korang wat-wat xnampak lak kan. Tak pun korang lari daripada cabaran tu. That not a nice move :( Korang kena terima dan hadapinya. Be strong always because I will always support you all ;) I hope we all can face our challenge with high spirit.


Kawan-kawan lain pula kena lah setiap support orang yang dalam cabarannya. Tak bole lah duk tengok je. Pastu asyik nak jatuhkan semangat dia. Mungkin time tu time dia. Entah esok lusa kita pulak yang akan hadapi cabaran. Mesti kita juga harapkan orang akan support kita kan. So,kita kena lah support orang lain dulu. Barulah orang lain akan support kita. Ingat, what you give, you will get back.



Saturday 9 August 2014

"Hari Boikot McDonald Malaysia"


"Hari Boikot McDonald Malaysia"
 Assalamualaikum

~Video Kempen Boikot McDonald~

"Action Speak Louder Than Word" Ungkapan yang menyentuh perasaanku. Saya berasa berasa bersyukur sebab rakyat Malaysia telah memberikan sokongan kepada Palestin. Rakyat Malaysia bukan sekadar mengatakan I'm Support Palestin namun turut melahirkan perasaan itu dalam bentuk perbuatan. Agak-agak rakan semua kenapakah saya nak cerita tentang Malaysia ni? Hebat sangat ke Malaysia ni?

Hurm.. Mestilah hehe :) Saya ingin melahirkan rasa kasihan dan dukacita terhadap saudara kita di Palestin yang telah berjuang sejak tahun 1948. Saya juga turut rasa rendah diri kerana semangat juang mereka sangat tinggi berbanding diri saya yang kecil ini umpama langit dan bumi. Jauh tu. Bilakah saya akan sampai ke tahap mereka? Doakan saya tau supaya dapat bersama-sama mereka berjuang untuk ISLAM! XD

Just for beginner, saya hanya mampu untuk tolong dari segi untuk menyekat ekonomi Zionis ini! Bukan saya sahajakan? Anda semua mestilah turut bersama-sama sayakan :) Follow me -->> I'm Loqman Bin Norazman From Malaysia and #SupportPalestine. Warna biru tu korang tukar dengan apa yang sesuai tau. Lagi satu kita boikotlah barangan mereka! 

Ishh.. jauh dari topik lak hehe. Ini adalah langkah yang telah diambil oleh rakyat Malaysia. Okay, yang tak tahu lagi. Mari dekat-dekat sikit :D First step yang kami buat ini lah memboikot barangan Zionis ni. Ini yang agak rare sikit bagi saya tapi saya bangga dengan mereka yang membuat perkara ini. Hari Boikot McDonald Malaysia ! Saya tabik kepada mereka semua dan kita juga mesti sokong mereka. 
  • Bermula 8 Ogos 2014
  • Jam 7 pagi hingga 7 pagi esoknya (24 Jam)
  • Boikot McDonald’s Malaysia bermula Jumaat sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin
Mulakan perkara yang sedikit tetapi berterusan (istiqamah) :) Keep our promise that we will free Palestine! Share to all your friend about this thing.

Friday 1 August 2014

"Anugerah Syawal Seindah Ramadan"

"Anugerah Syawal Seindah Ramadan"

Assalamualaikum

Hi semua :) Macam mana raya tahun ni? seronok tak? Kalo tak seronok carilah kebahagian ;) okay, saya just nak share kan pengalaman raya saya tahun ni! Sebelum tu saya, Loqman Bin Norazman ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Kita kosong kosong tau. 

Antara benda yang best lah kan, waktu sehari sebelum raya. Kenapa lak? Ye lah time-time macam ni lah kita dapat bakar lemang, masak rendang dan kacau dodol. Seronok tau kalo dapat rasai semua pengalaman itu. Pengalaman mematangkan kita. Buat benda ini juga mengajar kita erti kesabaran tau. Korang bayangkan berapa lama nak tunggu masak lemang tu. Lebih dari 2 jam tau. Sabar je lah.

Cuba teka siapa tu?

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Takbir bergema. Alhamdullilah semua umat islam telah berjaya melengkapkan puasa selama sebulan :) Hah! bagi yang tak lengkap tu nanti jangan lupa ganti tau ;) Pagi itu kami pergi menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah di surau. Selepas solat tu, khatib memberikan khutbah bagi mengingatkan semua jemaah tentang "Kesan Ramadan Yang Harus Dipegang Teguh Bersama"

Sekarang masa yang ditunggukan hehe. Yeay! Jom beraya nanti boleh dapat duit raya haha. -,- itu budak-budak je, saya ni dah besar kot. So, I follow my family pergi ziarah saudara-mara. Macam-macam kisah lah bila dah jumpa saudara ini. Maklumlah dah lama tak jumpakan, banyak lah kisah yang nak diceritakan.

Ini kat rumah Mak Long saya :)

Hah itu Pak Ngah saya tapi ini kat kampung :) 
Seronok tengok budak-budak ini beraya

Umur je dah meningkat tapi perangai macam budak-budak lagi. Itu lah saya haha. Saya still lagi pergi beraya gak hehe. Seronok lah gi rumah orang lain pastu dapat duit raya ;) Kita juga dapat mengenali antara satu sama lain selain mengeratkan silaturrahim. Kawan-kawan saya ada gak yang tak dapat duit raya sebab makcik dan pakcik fikir diorang dah besar sedangkan umur sama je dengan saya. Nasib korang lah asalkan saya dapat duit raya haha.

Saya dengan My Big Brother. Hehe tengah beraya ;)

Wah banyaknya duit ini. Hehe ini hasilnya bila gi beraya. Seronok jugak bila dapat duit banyak, rasa macam orang kaya sekejap haha. Korang mesti dapat banyak duit raya kan, jaga duit tu elok-elok tau ;) Jangan lupa niatkan juga duit raya yang kita dapat tu untuk bantu saudara kita yang memerlukan. Okay itu je some story daripada saya. Sekali lagi memohon maaf kalo saya wat salah tau. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan kita kosong kosong tau :D