Friday 1 August 2014

"Anugerah Syawal Seindah Ramadan"

"Anugerah Syawal Seindah Ramadan"

Assalamualaikum

Hi semua :) Macam mana raya tahun ni? seronok tak? Kalo tak seronok carilah kebahagian ;) okay, saya just nak share kan pengalaman raya saya tahun ni! Sebelum tu saya, Loqman Bin Norazman ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Kita kosong kosong tau. 

Antara benda yang best lah kan, waktu sehari sebelum raya. Kenapa lak? Ye lah time-time macam ni lah kita dapat bakar lemang, masak rendang dan kacau dodol. Seronok tau kalo dapat rasai semua pengalaman itu. Pengalaman mematangkan kita. Buat benda ini juga mengajar kita erti kesabaran tau. Korang bayangkan berapa lama nak tunggu masak lemang tu. Lebih dari 2 jam tau. Sabar je lah.

Cuba teka siapa tu?

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Takbir bergema. Alhamdullilah semua umat islam telah berjaya melengkapkan puasa selama sebulan :) Hah! bagi yang tak lengkap tu nanti jangan lupa ganti tau ;) Pagi itu kami pergi menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah di surau. Selepas solat tu, khatib memberikan khutbah bagi mengingatkan semua jemaah tentang "Kesan Ramadan Yang Harus Dipegang Teguh Bersama"

Sekarang masa yang ditunggukan hehe. Yeay! Jom beraya nanti boleh dapat duit raya haha. -,- itu budak-budak je, saya ni dah besar kot. So, I follow my family pergi ziarah saudara-mara. Macam-macam kisah lah bila dah jumpa saudara ini. Maklumlah dah lama tak jumpakan, banyak lah kisah yang nak diceritakan.

Ini kat rumah Mak Long saya :)

Hah itu Pak Ngah saya tapi ini kat kampung :) 
Seronok tengok budak-budak ini beraya

Umur je dah meningkat tapi perangai macam budak-budak lagi. Itu lah saya haha. Saya still lagi pergi beraya gak hehe. Seronok lah gi rumah orang lain pastu dapat duit raya ;) Kita juga dapat mengenali antara satu sama lain selain mengeratkan silaturrahim. Kawan-kawan saya ada gak yang tak dapat duit raya sebab makcik dan pakcik fikir diorang dah besar sedangkan umur sama je dengan saya. Nasib korang lah asalkan saya dapat duit raya haha.

Saya dengan My Big Brother. Hehe tengah beraya ;)

Wah banyaknya duit ini. Hehe ini hasilnya bila gi beraya. Seronok jugak bila dapat duit banyak, rasa macam orang kaya sekejap haha. Korang mesti dapat banyak duit raya kan, jaga duit tu elok-elok tau ;) Jangan lupa niatkan juga duit raya yang kita dapat tu untuk bantu saudara kita yang memerlukan. Okay itu je some story daripada saya. Sekali lagi memohon maaf kalo saya wat salah tau. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan kita kosong kosong tau :D



No comments:

Post a Comment