Saturday 27 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 27 - Mood Anda Hari ini

Assalamualaikum

Hehe. Anda semua apa khabar? Hope sihat-sihat tau. Firstly,saya nak minta sangat-sangat dah lama tak update cabaran 30 hari ini. Sori tau kawan-kawan huhu. Cabaran-cabaran yang lepas saya tak dapat nak buat tau :)

Sebelum saya share mood saya, mood kawan-kawan macam mana? Hehe hope happy gud lucky lah ;) Haha.. saya happy sangat hari ini. Tahu tak kenapa? Hari ini kami semua tingkatan 5 ada Majlis Graduasi. Hah! seronok sangat dapat graduate sebab kami akan tamatkan zaman persekolahan yang amat best ini. Huhu tapi sedih gak lah nak tinggalkan sekolah. Tapi tak apa lah. Be strong lah!

Nak share lah some picture. Sori kalau tak lawa tau.

Bakal-bakal pemimpin terhebat!

Aik? Selfie sikit :)

Haha inilah saya tau. Memori terungkap oleh gambar. Mood saya hari happy tau. Follow my blog for more update and you all my friendz. 

Saturday 13 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 12 - Wishlist Loqman

Assalamualaikum

Kenapa kita perlu ada wishlist? Apakah wishlist itu? Okay sini saya terangkan :) Wishlist ini adalah segala benda yang kita nak atau harapkan untuk dapat mengapainya dan memilikinya. So, kawan-kawan rasa perlu ke? For me, PERLU! 

Kenapa ehh? Dengan cara ini lah kita akan lebih fokus untuk capai apa yang kita nak hehe. 

This is my wishlist :
  1. Ziarah Kaabah - Saya mesti lakukan haji dan umrah in my life time. Asyik dengar orang cerita je kehebatan kaabah ini tapi tak dapat rasai tak seronok lah. So, saya doa dan harap dapat pergi sana ;) Kawan-kawan yang ada rezeki lebih itu boleh lah support saya tau :)
  2. Be a millionaire - Saya adalah orang businessman yang akan mencari jalan untuk bantu orang Islam yang lain. Saya tak nak jadi orang yang kaya dan sombong. Saya mestilah membantu orang Islam untuk jadi kaya juga. Pray for me. Paling penting dalam umur yang muda ;)
  3. Make a film - Saya membina filem yang berunsurkan islamiah. Nak betulkan tanggapan orang bukan Islam terhadap Islam itu sendiri. Asyik-asyik dengar orang lain kutuk Islam. Saya tak suka tapi saya rasa mereka tak tau kot. Then, it will be my responsible to tell the true about Islam.
  4. Kahwin Awal - Hehe apalah saya ni baru umur 17 tahun dah fikir benda ni. Haha macam-macam lah. Saya tak kahwin lambat nanti... fikir lah sendiri :) 
  5. Be a muslim forever - Anugerah yang paling bernilai in saya tak akan sia-siakan. Allah itu akan pilih orang tertentu untuk dapat hidayah dan saya bersyukur saya antaranya. Saya harap kawan yang lain akan kekal in muslim till the end dan ajak kawan yang bukan muslim join us too. 
So,what do you think? Share with me :) Follow my blog because you're my friend ;)

Friday 12 September 2014

Cabaran 30 hari : Hari 11 - Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak Loqman

Assalamualaikum

Guys.. Hehe sori lah sangat-sangat lambat update benda ni. Kawan-kawan apa khabar? Saya kat sini alhamdulillah sihat :) Wah XD suka lah cabaran ini. Zaman kanak-kanak adalah zaman yang keep in our memory ;)

Nak cerita zaman kanak-kanak yang lucu memang banyak lah kan haha. Pengalaman mengajarkan kita banyak benda. Contohnya time kita kanak-kanak dulu. Banyak sangat benda yang tak masuk dek akal kita buat. Bagi saya pula kan. Benda yang melucukan saya buat dulu adalah.. Jap, betul ke kawan-kawan nak dengar ni? Kalo tak nak saya tak cerita lah :)


Atas ini gambar saya time kecik-kecik dulu dengan adik-adik saya haha. Dah besar rupanya saya sekarang ni kan :p Okay lah saya ceritalah perkara yang lucu itu tau. Saya dulu ada kawan baik yang orang kata Best Friend Till End. Ye ke? Entah lah. Kami share everything lah daripada personal dan lain-lain lah. Ada satu hari tu bestfriendz saya tu tuduh saya benda yang tak baik dengan kawan perempuan saya tau.

Saya ni tak suka lah orang tuduh saya buat benda yang saya tak buat. Saya pun apa lagi. Saya bagi lah tumbukan yang agak kuat kat muka dia. Tak sangka pulak patah terus gigi dia hehe. Kawan baik ke kawan biasa semua gua rembat haha. Gurau je lah. Tu lah kisah dia. Kawan saya nak paling baik dengan saya tu saya tumbuk sampai patah gigi dia. Lepas tu terus abang dia datang marah saya huhu. Tapi betul lah kelakar gak lah bila ingat peristiwa tu kan. Tak sangka kuat jugak saya time kecik dulu boleh wat macam tu.

Kalo tak kelakar.. Apa saya kisah ke? Haha hope lucu lah. Ingat tau untuk follow blog saya untuk more update ;)


Wednesday 10 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 10 - Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya

Assalamualaikum

Huhu.. sape boleh tolong saya? Cabaran ini agak susah lah sebab saya tak ada camera lah nak tangkap gambar. Kalo saya letek je gambar yang sesuai, boleh kan? Haha..





Haha gambar tu ambil kat google je. Sori lah tau tapi memang benda itu ada kat handbag saya pun.. Kawan-kwan lak ada apa kat handbag tu? Share lah gak tau. Follow my blog for more update ;)

Cabaran 30 hari : Hari 9 - 5 Perempuan Yang Menarik Perhatian Anda

Assalamualaikum

Hi semua .. Apa khabar hari ini? Saya harap semuanya sihat-sihat belaka. Haha. Okay lah sori lambat update hehe. Cabaran kali ini paling seronok gak lah. 5 perempuan yang menarik perhatian anda. Huhu susah jugak sebenarnya tapi bukan cabaran lah kalo senangkan? 


Suka moment kat atas tu hehe. If in reality really happen its going to be fun. Ini antara perempuan yang saya suka. Jangan fikir lain pulak tau. 

5 Perempuan yang menarik perhatian Loqman :
  • Perempuan yang boleh jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk saya
  • Perempuan yang saya boleh share everything termasuk personal saya
  • Perempuan yang mampu buat saya tersenyum walaupun saya dalam kedukaan
  • Perempuan yang gila-gila jugak lah sebab boleh buat ketawa dan tersenyum dengan perangainya
  • Perempuan yang menjadi puteri dalam hati saya haha.
Senarai je lebih kan. Insya-allah saya akan jadikan diri saya lebih baik untuk dapat perempuan seperti ini. Doakan yang terbaik untuk saya ;) Actually dah jumpa dah tapi entah lah haha. Cuba teka siapa? Jeng-jeng .. Follow blog saya tau untuk new update :D

Monday 8 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 8 - 5 Lagu Cinta Kegemaran Anda

Assalamualaikum

Wah! Lagu cinta lah. Pergh cinta itu sangat lah seronok. Kerana cinta kita bole lupakan orang lain dan kerana cinta jugak lah kita bole berikan segala-galanya untuk si dia. Saya ni jenis yang suka sangat untuk bercinta tapi... Selepas berkahwin! Segalanya halal untuk kita tau.


Okay lah 5 lagu kegemaran saya ialah :
  1. "We Found Love" - Rihanna feat. Calvin Harris
  2. "Boyfriend" - Justin Bieber
  3. "Happily" - One Direction
  4. "Just A Dream" - Nelly
  5. "Somebody To You" - The Vamps feat Demi Lovato
Hehe semuanya lagu omputih kan. Hehe saya ini minat sikit lah lagu-lagu english ni. Tu yang letak kat atas ni. Tapi saya masih cintakan lagu-lagu cinta yang ada dalam negara kita ;) Try lah dengar tau. Dah dengar nanti share lah dengan saya macam mana.. Ingat tau untuk follow saya punya blog supaya kita bole tingkatkan hubungan kita ni tau.

Cabaran 30 Hari : Penting Ke Pendidikan bagi Loqman

Assalamualaikum

Sorry lah saya lambat update cabaran ini. Patutnya semalam saya update. Hehe biasa lah buzy study konon nya. Okay,pendidikan ini penting ke? Kalo tak belajar mati ke? Huh! dahsyat soalan tu. 


Haha. Kelakar lah tengok komik macam ni. Ishh.. kesianlah budak yang belajar tu. Saya kalo dalam keadaan mereka pun mungkin macan tu jugak haha. Ni contoh pengajaran dalam kelas. Sapa yang nak keadaan macam ni? Senyum kan diri anda... 

Pendidikan ini mestilah penting. Kalo kita tak belajar macam mana nak pandai kan. Tapi saya ni tak lah arif macam budak genuis. Hehe teringin gak nak jadi macam budak tu. Saya sekarang tengah SPM. Bak kata orang calon SPM 2014. Pray for me tau. Dah macam-macam peperiksaan saya hadapi. UPSR, PSRA dan PMR. Huhu susah gak lah. Alah bisa tegal biasa. So, hard for it!

Sedar tak sedar nanti lagi berapa bulan je saya akan tinggalkan alam persekolahan huhu. Mesti saya akan rindui memori itu. Bajet cakap je rindu ke saya nanti? Hehe.. So, wat kawan-kawan semua jom kita belajar tau. Pendidikan itu penting tau. Ingat tau untuk follow blog saya supaya ikatan kita kekal terjalin ;)


Saturday 6 September 2014

SEGMEN : BLOGLIST SEPTEMBER by MOMMYLIZZ

Assalamualaikum



Jom pakat ramai-ramai kita join.. Bole tambah kenalan dan banyak manfaatnya.
Berikan sokongan kita kepada segmen in ;)
Kalo nak join tekan link ini >> MommyLizz

Friday 5 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 6 - Apa yang anda makan hari ini

Assalamualaikum

Hurmm.. harum nyer bau ni. Mesti ada makanan sedap ni kan. Hah! Saya nak satu bole? tapi kalo lebih itu lebih digalakkan :)


Ni lah makanan saya hari ini.. Hehe. Sedap sangat-sangat. Orang kata makan coklat ini boleh tenangkan jiwa. Ye ke? Saya no komen lah. Tapi yang saya tahu saya sangat suka makan coklat. Kalo kawan-kawan rasa baik hati kan, bagi lah saya coklat ;)

Kitkat itu kan Nestle. Sepatutnya boikot kan? Tapi saya makan juga sebab kawan bagi lah. Rezeki tak elok tolak kan? Kawan-kawan lak makan apa hari ni? Share lah sikit dengan saya.

Cabaran 30 Hari : Hari 5 - 3 Perkara Yang Ingin Aku Katakan Kepada Bekas Kekasih

Assalamualaikum

Hari ni hari yang paling baik sekali tau. Hari Jumaat adalah hari yang saya paling suka >< huhu.. tajuk kali seram gak lah. Macam mana saya nak katakan kepada bekas kekasih sekiranya saya tak ada kekasih? hah! Lu pikir lah sendiri..


Love is complicated. Cinta adalah perasaan semulajadi bagi setiap insan yang bergelar manusia. Tak salah ada perasaan tu tapi yang salah tu bercinta tanpa akad yang sah. So, kawan-kawan kalo bercinta pastikan dah nikah tau ;) Okay kepada semua bekas kekasih saya dengar tau apa yang saya nak cakap ni. Sebelum, saya ada kekasih ke? Entah lah :P

3 Perkara yang ingin saya katakan :
  • Terima kasih sebab lepaskan saya sebab awak juga lepaskan saya daripada dosa zina yang boleh bawa ke neraka
  • Nothing yang saya harapkan.. just hope awak dapat teruskan kehidupan awak dan lupakan saya.
  • Ingatlah bahawa jodoh itu di tangan tuhan.. kadang-kadang bole jadi Allah lepaskan kekasih lama itu untuk bagi isteri/suami yang solehah/soleh
Tolonglah sampaikan kat semua yang mengenali diriku ini tau. Saya hanya mengharapkan Allah kurniakan saya Isteri Yang Solehah. Pray for me :D

Thursday 4 September 2014

Cabaran 30 hari : Buku Kegemaran Korang

Assalamualaikum

Hi kawan-kawan semua. Apa khabar? Hope awak semua dalam keadaan yang happy selalu tau ;)

Hari ini man nak luah perasaan sikit lah. Hari man rasa penat sangat dan ada lak kawan yang sorang tu tiba-tiba je nak marah man. Hiusshh polak kot. Nasib baik lah man tengah penat time tu. Okay dah.


Siapa pernah baca buku ni? Yang pernah baca tu kita satu geng lah >< Mula-mula tu man tengok je sekali lalu. Then tiba-tiba bole lak terdetik nak baca. So, man baca lah.. Huhu nak menangis kot baca buku. Bukan sebab sedih tapi kagum kat penulis tu. Dia bole survive dengan dua orang ayah yang berlainan. Yang first tu seorang yang pandai tapi hidup dalam kesusahan. Yang second lak seorang yang kurang cerdik tapi hidup dalam kemewahan dan bahagia. Who u want to choose? Arghh.. yan..yang.. entah lah :)
Why not kawan baca buku ni. Seronok dan membuka pemikiran kita tentang KEWANGAN. Mesti anda nak bebas dari masalah kewangan kan? So, try to read and practice lah. Ni apa yang dapat lah. Man dapat tahu tentang pergerakan kewangan yang tak ada diajar di mana-mana sekolah. Nak tahu lebih lagi, baca lah! Macam promoter lak :P

Man memang nak jadi peniaga pun dan buku membantu sangat. Peniaga yang luar tu baca tau dan nanti share lah perniagaan tu dengan man sekali tau. dapt bacaa tu komen sikit tau.

Wednesday 3 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 3 - Sesuatu yang menguatkan Anda

Assalamualaikum

Okay.. Hari ketiga ni cerita benda yang menguatkan saya. Haha siapa yang bole teka? Saya bagi gula-gula :)

~Al-quran adalah pedoman sepanjang zaman~

First nak letak benda yang amat indah in sebagai sesuatu yang menguatkan saya. Saya takut orang akan describe saya ni seorang ustaz or yang sama taraf lah kan. Not like that but the true is al-quran make my heart feel good and awesome :D Saya suka sangat kat al-quran ni tambahan pula kalo ada pengajian tafsir. Perghh terbaik lah rasa dia.. terasa sangat kat hati saya. Buat saya ingat kembali asal usul kita tau. Kepada ALLAH lah kita akan kembali. That the power of al-quran. Hope you all can also follow me. Al-quran always in our heart ;)

Bagi yang bukan Islam, why not you try to understand al-quran.. You will find the way of life. Ni saya nak minta pandangan jugak lah. Which one better 'saya' or 'man' ? I think 'man' is nice :) lebih mesra kan.. hehe.. whatever~





Tuesday 2 September 2014

Cabaran 30 hari : Hari 2 - 5 cara memenangi hati anda

Assalamualaikum

Dream to play guitar.
Cabaran 30 hari kelab ben ashaari ini bersambung hari kedua.. huhu. baru hari kedua je. Hope me can survive ;)

5 Cara memenangi hati :

1. Saya suka menonton filem-filem yang bole bawa motivasi. Kalo saya xde mood time tu saya akan buka filem lah.. 

2. Coklat. Benda ni kalo makan kan memang xingat dunia gak lah. Hehe.. Makanan manis dapat tenteramkan jiwa :)

3. Jogging dapat keluarkan peluh. Dalam keluar peluh tu keluar gak lah stress yang ada tu. 2 in 1.

4. The first yang saya cari ialah solat. Solat ni banyak sangat kebaikan yang ada. No word can describe that.

5. Jalan cari makan. not that lah. Actually jalan-jalan tengok keindahan ciptaan-Nya. Sangat indah dan menakjubkan :D

Hope you all can be my friend and stay to read my post

Monday 1 September 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 1 - 1 Gambar Terbaru Anda & 5 Fakta Tentang Diri Anda

Assalamualaikum

Haha.. Ni gambar terbaru saya XD

Okay lah.. Saya nak share 5 fakta tentang diri saya. Hoho segan jugak lah nak share :)

1. Saya seorang yang suka mencuba benda yang baharu. Dan yang terbaru saya try adalah blog.

2. Minat untuk berniaga tapi still study. So study come first.

3. Love to friend with everyone. So, Let's be friend ;)

4. Just a small boyz but have a big dream. Hope you all can pray for me.

5. Saya suka nak dengar cerita-cerita anda semua. Anda bole share apa je dan saya akan dengar :D

*Can wait for next challenge

Friday 29 August 2014

Cabaran Itu Indah

Assalamualaikum

Hi Guys.. Sori lama gak tak update ni. Hah, ni saya nak cerita sikit apa yang menarik :) Okay,ramai tak yang rasa tak nak langsung ada cabaran? Angkat tangan sikit. I feel the same too. Kalo benda tu xde kan mesti best. I will Be The Happy GoLucky :D Hurmm. Tapi kawan-kawan tak boleh lah nak berfikiran macam tu. Mestilah setiap cabaran tu ada hikmahnya.

Korang pernah dengar ayat  ni x? Setiap cabaran tu akan mematangkan kita. Kalo yang pernah dengar tu baguslah. Kalo yang xpernah tu. Jom dengar tau. Bagi yang pernah jadi pelajar tu kan. Mesti korang akan alami pelbagai cabaran sebelum cemerlang dalam pelajaran. Nak kena stay up lah untuk study. Kalo result teruk, kena marah dengan parents. Hurm.. Banyak kan cabaran tu. Tapi bila korang dah berjaya dalam pelajaran tu kan. Mesti korang happy sangat-sangatkan. Tu lah dia cabaran. Bila kita dah gapai kejayaan tu, Kita akan rasa keindahannya ;)

Bila cabaran tu datang, jangan lah pula korang wat-wat xnampak lak kan. Tak pun korang lari daripada cabaran tu. That not a nice move :( Korang kena terima dan hadapinya. Be strong always because I will always support you all ;) I hope we all can face our challenge with high spirit.


Kawan-kawan lain pula kena lah setiap support orang yang dalam cabarannya. Tak bole lah duk tengok je. Pastu asyik nak jatuhkan semangat dia. Mungkin time tu time dia. Entah esok lusa kita pulak yang akan hadapi cabaran. Mesti kita juga harapkan orang akan support kita kan. So,kita kena lah support orang lain dulu. Barulah orang lain akan support kita. Ingat, what you give, you will get back.



Saturday 9 August 2014

"Hari Boikot McDonald Malaysia"


"Hari Boikot McDonald Malaysia"
 Assalamualaikum

~Video Kempen Boikot McDonald~

"Action Speak Louder Than Word" Ungkapan yang menyentuh perasaanku. Saya berasa berasa bersyukur sebab rakyat Malaysia telah memberikan sokongan kepada Palestin. Rakyat Malaysia bukan sekadar mengatakan I'm Support Palestin namun turut melahirkan perasaan itu dalam bentuk perbuatan. Agak-agak rakan semua kenapakah saya nak cerita tentang Malaysia ni? Hebat sangat ke Malaysia ni?

Hurm.. Mestilah hehe :) Saya ingin melahirkan rasa kasihan dan dukacita terhadap saudara kita di Palestin yang telah berjuang sejak tahun 1948. Saya juga turut rasa rendah diri kerana semangat juang mereka sangat tinggi berbanding diri saya yang kecil ini umpama langit dan bumi. Jauh tu. Bilakah saya akan sampai ke tahap mereka? Doakan saya tau supaya dapat bersama-sama mereka berjuang untuk ISLAM! XD

Just for beginner, saya hanya mampu untuk tolong dari segi untuk menyekat ekonomi Zionis ini! Bukan saya sahajakan? Anda semua mestilah turut bersama-sama sayakan :) Follow me -->> I'm Loqman Bin Norazman From Malaysia and #SupportPalestine. Warna biru tu korang tukar dengan apa yang sesuai tau. Lagi satu kita boikotlah barangan mereka! 

Ishh.. jauh dari topik lak hehe. Ini adalah langkah yang telah diambil oleh rakyat Malaysia. Okay, yang tak tahu lagi. Mari dekat-dekat sikit :D First step yang kami buat ini lah memboikot barangan Zionis ni. Ini yang agak rare sikit bagi saya tapi saya bangga dengan mereka yang membuat perkara ini. Hari Boikot McDonald Malaysia ! Saya tabik kepada mereka semua dan kita juga mesti sokong mereka. 
  • Bermula 8 Ogos 2014
  • Jam 7 pagi hingga 7 pagi esoknya (24 Jam)
  • Boikot McDonald’s Malaysia bermula Jumaat sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin
Mulakan perkara yang sedikit tetapi berterusan (istiqamah) :) Keep our promise that we will free Palestine! Share to all your friend about this thing.

Friday 1 August 2014

"Anugerah Syawal Seindah Ramadan"

"Anugerah Syawal Seindah Ramadan"

Assalamualaikum

Hi semua :) Macam mana raya tahun ni? seronok tak? Kalo tak seronok carilah kebahagian ;) okay, saya just nak share kan pengalaman raya saya tahun ni! Sebelum tu saya, Loqman Bin Norazman ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Kita kosong kosong tau. 

Antara benda yang best lah kan, waktu sehari sebelum raya. Kenapa lak? Ye lah time-time macam ni lah kita dapat bakar lemang, masak rendang dan kacau dodol. Seronok tau kalo dapat rasai semua pengalaman itu. Pengalaman mematangkan kita. Buat benda ini juga mengajar kita erti kesabaran tau. Korang bayangkan berapa lama nak tunggu masak lemang tu. Lebih dari 2 jam tau. Sabar je lah.

Cuba teka siapa tu?

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Takbir bergema. Alhamdullilah semua umat islam telah berjaya melengkapkan puasa selama sebulan :) Hah! bagi yang tak lengkap tu nanti jangan lupa ganti tau ;) Pagi itu kami pergi menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah di surau. Selepas solat tu, khatib memberikan khutbah bagi mengingatkan semua jemaah tentang "Kesan Ramadan Yang Harus Dipegang Teguh Bersama"

Sekarang masa yang ditunggukan hehe. Yeay! Jom beraya nanti boleh dapat duit raya haha. -,- itu budak-budak je, saya ni dah besar kot. So, I follow my family pergi ziarah saudara-mara. Macam-macam kisah lah bila dah jumpa saudara ini. Maklumlah dah lama tak jumpakan, banyak lah kisah yang nak diceritakan.

Ini kat rumah Mak Long saya :)

Hah itu Pak Ngah saya tapi ini kat kampung :) 
Seronok tengok budak-budak ini beraya

Umur je dah meningkat tapi perangai macam budak-budak lagi. Itu lah saya haha. Saya still lagi pergi beraya gak hehe. Seronok lah gi rumah orang lain pastu dapat duit raya ;) Kita juga dapat mengenali antara satu sama lain selain mengeratkan silaturrahim. Kawan-kawan saya ada gak yang tak dapat duit raya sebab makcik dan pakcik fikir diorang dah besar sedangkan umur sama je dengan saya. Nasib korang lah asalkan saya dapat duit raya haha.

Saya dengan My Big Brother. Hehe tengah beraya ;)

Wah banyaknya duit ini. Hehe ini hasilnya bila gi beraya. Seronok jugak bila dapat duit banyak, rasa macam orang kaya sekejap haha. Korang mesti dapat banyak duit raya kan, jaga duit tu elok-elok tau ;) Jangan lupa niatkan juga duit raya yang kita dapat tu untuk bantu saudara kita yang memerlukan. Okay itu je some story daripada saya. Sekali lagi memohon maaf kalo saya wat salah tau. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan kita kosong kosong tau :D



Friday 25 July 2014

Last Moment "Ramadan" In School

Last Moment "Ramadan" In School

Assalamualaikum

Hai guyz :D Today I want to tell about moment yang berlaku last Ramadan di asrama. Saya adalah senior tahun ini,so tahun ini adalah tahun terakhir saya di sekolah. Huhu,sedar tak sedar lagi 5 bulan je masa yang saya ada to spend as a secondary student. Actually this week full of event. Kita nak star dari mana? Kanan? Kiri? Depan? Belakang? Hurm.. Entah lah.

Hari Selasa kami pelajar asrama telah mengadakan Majlis Khatam Al-quran Peringkat Asrama 2014. Alhamdulillah, segala yang dirancang telah berjaya dilaksanakan. Hah! Kawan-kawan tahu tak apa tu khatam al-quran? Ia adalah program yang dilakukan sebagai tanda kita dah berjaya khatam atau habiskan baca al-quran. Kebiasaannya setiap qari akan membaca 1 surah bermula daripada surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas. Then program diteruskan dengan pemberian cenderahati kepada qari,imam dan bilal. Barang yang diberi adalah kain pelekat. Semoga mereka menggunakannya untuk solat berjemaah di surau.

Hari Rabu sekolah pula mengadakan Majlis Khatam Al-quran. Tapi bukan tu je, kami juga ada pra-persaraan bonda tercinta kami huhu. Kami telah kehilangan seorang ibu yang menjaga kami dalam keadaaan susah dan senang. Bonda Siti Zubaidah telah manjadi pengetua sejak saya melangkah masuk ke SAM Hulu Langat dan bersara pada tahun terakhir saya di sekolah. A lot of a amazing memories have been made by our principal :)


Puan Siti Zubaidah Binti Ahmad
"Best Lovely Teacher In Our Heart"
Hari khamis 24/7/2014 cuba teka apa yang berlaku? Jeng-jeng kami satu group dengan Umi Atifah Binti Salleh untuk Bahasa Inggeris. It's was her last period because she also going to retire also. So,we make some surprise for her :) Mula-mula Adibah act as pelajar yang sedang sakit. Then Umi Atifah came to see adibah dengan muka yang kerisauan and don't want something bad happen to her. When that moment happen, kami sing a special song to my umi Atifah. Umi Atifah terkejut dengan apa yang berlaku. She also smile dan terharu when we do that. Lastly, we take selfie with umi Atifah with monopod.

 Puan Atifah Binti Salleh
"Best Gorgeous English Teacher"

"We Will Get A's In English and SPM!!"
Thanks umi Atifah for selfie with us :D
What you feel when 2 teacher were retire? Kami rasa sedih kerana mereka adalah cikgu yang benyak mengajar pelajar erti kehidupan yang sebenar. Tanpa mereka tidak akan lahirlah jurutera, doktor mahupun perdana menteri.
That some stories from me. Hope you can enjoy with my blog :)

Saturday 19 July 2014

Affordable online shopping

Affordable online shopping

Assalamualaikum 

Hi guys :) Korang dah beli baju raya? Saya dah beli kot.. Excited sangat nak raya katanya lah >< tapi tahun ni raya saya tak dapat nak enjoy sangat huhu. SPM is just around so kena lah study banyak-banyak. Tak boleh nak main-main lagi dah. This year I have got 3 pair of baju raya. Banyak tu tapi tak tahu bila nak pakai baju tu semua. Thanks to my umi for buy that for me. I love my umi so much 

Okay. Kat sini saya just nak share one website that you can buy your baju raya, kasut raya, gym equipment dan sebagainya dengan harga yang berpatutan. Dan untuk yang rasa dah terlambat untuk beli semua tu haha. First time see this website, I can't believe that the price was cheap. But that the true. 

For everyone love shopping this will be the website you will always like it. Anda bole beli a lot of thing with low bajet hehe. It's the exactly the website you will always find. For those love sport also can get your jersey and gym equipment here too.





Saya just share je but for you to buy it's up to you. I hope you all can get a benefits from this. Don't forget to share with your friend :) 
"Sharing Is Caring" Also remember this, sambil rakan-rakan membeli tu ingatlah saudara kita yang kurang berkemampuan dan yang sedang menderita dalam peperangan. So, menderma lah untuk kita sama-sama membantu saudara kita di sana.You can check this below url to help them.


"What We Give We Get Back" Kehidupan ini ibarat roda yang mana kadang kita berada di atas dan kadang kita berada di bawah. Maka, saat kita di atas bantu saudara kita yang di bawah.






Friday 18 July 2014

"Untukmu Saudara Palestin"

"Untukmu Saudara Palestin"


Assalamualaikum

Saat hari raya yang akan menjelma kita berpakaiankan baju baru, kasut baru dan sebagainya. Saudara kita di sana berpakaiankan darah, linangan air mata dan kehilangan orang tersayang. Allahu akbar! Betapa besarnya dugaan dan ujian yang diberikan ALLAH kepada mereka. Andai kita yang berada ditempat mereka, sanggupkah kita untuk menghadapinya? Sekadar melihat gambar-gambar sahaja sudah membuatkan kita terasa peritnya apatah lagi jika kita berada di situ.

Sekadar berdoa sahaja tidak mencukupi untuk membantu mereka, perlulah disulam dengan usaha-usaha yang istiqamah dan mampan. Persoalan yang perlu ditanya dalam diri setiap daripada kita.. Apakah bentuk bantuan yang boleh kita berikan untuk mereka? Ketenteraan? Kewangan? Salahkah kita untuk mengunakan nikmat yang ALLAH berikan untuk mereka? 

Kami terasa terpanggil untuk bersama-sama memberikan segala yang termampu untuk mereka. Oleh itu, sekolah kami telah melancarkan tabung "UNTUKMU SAUDARA PALESTIN" bagi membantu mereka dari segi bantuan kewangan. Mungkin ini hanyalah usaha yang amat kecil dapat kami lakukan. Kami percaya bahawa ALLAH tidak akan bertanya berapa banyak hasil yang anda dapat tetapi ALLAh akan bertanya berapa banyak usaha yang telah kamu lakukan?


Kami menyeru rakan-rakan semua untuk bersama-sama membantu mereka!
Jika kita tidak dapat menjadi penderma, jadilah orang yang mencari penderma kerana kita juga Insya-allah akan mendapat sahamnya di akhirat kelak. 


Ingatlah rakan-rakan semua bahawasanya harta yang kita ada bukanlah milik kita melainkan kita menyalurkan harta tersebut ke jalan-jalan ALLAH.
Saya merayu dan memohon kepada rakan-rakan yang ALLAH telah berikan rezeki yang melimpah ruah untuk memberikan sumbangan. Sanggupkan anda melihat lebih banyak kematian yang berlaku mungkin kerana anda tidak membantu mereka? We Never Know That. Saya mengajak rakan-rakan semua untuk sentiasa bertanya soalan ini dalam diri sendiri. "Macam mana dengan apa yang aku ada ini dapat bantu aku di akhirat nanti?" Renung-renungkan dan ambil tindakan. 

Terima kasih sudi menyumbang dan membantu :) Semoga usaha murni rakan-rakan semua mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat. Insya-ALLAH.


Saturday 12 July 2014

3 IFTAR IN ONE WEEK

3 IFTAR IN ONE WEEK

Assalamualaikum Guys :)

Just nak share something new happen in my life 0.o Im very thankful dan bersyukur sangat sebab dapat rasai pengalaman yang sangat menarik ni >_< First Iftar saya adalah bersama-sama dengan rakan seperjuangan di sekolah (Pengawas). Buat kat dewan sekolah je .. X grand mana lah kan. Tapi BESt sangat sebab dapat makan nasi minyak (menu utama).. Time makan tu teringat lak kat budak asrama yang makan kt DM. Haha.. Hari tu gak Birthday my lovely friend :) Nama dia Rabi'atul Adawiyah. Semoga dipanjangkan umur dan jadi insan yang berguna :D Some of memories >>












"Kek yang xseberapa tetapi bermakna utknya"
Tu lah Birthday Girl kita, yang kena suap >>

x
Saya dengan rakan-rakan seperjuangan :) Berjuang utk habis makanan haha.



Overall semua pengawas SAM Hulu Langat. You're all awesome !

Second Iftar has been at MAEPS Bistro, Serdang Seri Kembangan. Actually this for KRS dan KSG.. saya xde kaitan langsung dengan dua benda tu pun. Tapi saya follow gak sebab lastly it's open for anyone. Haha.. Cuba teka apa yang best? Hurmm.. siapa dapat jawab saya bagi hadiah ! Ofcourse lahh dapat makan banyak. Buffet Ramadan promotion. Kami makan seolah-olah macam xmakan sebulan je. Bayangkan dah kalo makan dari 7.50 mlm -9.00 mlm xhenti-henti tu nk cakap apa.. haha, paling sedap makan steamboat. Perghh! dah lah sedap then boleh tambah lak. Berbaloi dapat gi . Bayar pun RM35 je. Hopefully dapat gi lagi :D



Kami dengan DJ yang bertugas (lupa lak nak tanya nama dia)

Sorry xde gambar time makan sebab semua khusuk makan xingat dunia haha. Nice place nice memories :)

Third IFTAR organized by my school for Form 3,4 and 5 but I cannot join it. Huhu. Sedih kot xdapat nk follow sekali. My umi cannot drive in night. I understand that :) Daripada schedule yang saya baca imam terawih adalah Johan Qari Antarabangsa 2012. Nama xingat lak hehe.
Hope you guys have been fun there ;)

Live is fun and amazing ! Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam !
#TakeALook



Saturday 5 July 2014

Hari Bicara Akademik di Sekolah

Hari Bicara Akademik di Sekolah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hurmm.. scary? happy? sad? mix of feeling? Segala macam perasaan yang timbul dalam diri setiap pelajar bila tiba hari itu. Korang tau tak apa tu sebenarnya hari bicara akademik tu? Hehe.. Pada hari itu pelajar-pelajar akan menerima result setelah bersusah payah belajar bersama parents mereka. Susah payah belajar? ye ke? Entah lah. Aku tengok time exam pun budak-budak ini Happy Gud Lucky jee. Termasuklah aku ini. Haha. Hah! Ini lah sekolah aku dan rakan-rakan.





Lawakan? The beautiful school in hulu langat. Hehe. I'm proud for study here :D Best memories was there.. Kami terima result tu pada 4/7/2014 di dewan kesayangan kami. Dewan Az-zamakhsyari! Pelajar-pelajar diminta untuk ambil result di situ tau. Tapi lah kan, aku terfikir jugak kenapalah cikgu nak semua pelajar ambil ambil result kat situ? Dah lah pelajar tu semua 800++. Penuh lah kan dah kalo semua ambil serantak? Macam ne dah dewan tu kan. Kepadatan dengan manusia. Haha.. 

Program tu start dalam pukul 8.00 pagi - 12.00 tengah hari. Tapi aku tengok yang parents budak-budak ini dah sampai sebelum jam 8.00 pg. Mungkin tak sabar nak tengok result anak-anak mereka kot. Or xsabar nak marah anak mereka sebab result teruk sangat kan. Haha. It's up to parents lah. Dalam keasyikan melihat budak lain ambil result dengan parents mereka, aku pun wat lah kerja-kerja yang patut dibuat. Hah! kerja apa lah yang aku wat tu? Entah lahh..  Tidur? Mengumpat? homework? Aku siapkan kerja yang Cikgu Atifah bagi yang dah berkurun tu. Nak wat macam mana cikgu tu xlama lagi nak bersara kot. Huhu.. Sedih lahh. Cikgu tu antara cikgu BI yang paling best dalam My List of Teacher BI. Hehe.
Ni lah antara muka aku bila menunggu My Umi to coming. Hurmm.. Of course lah boring sangat lah. My umi datang dalam jam 11.30 pagi. Aku kena tunggu dalam 3.5 jam. Huh! Lama tu.. Tapi xpe, jangan risau sebab segala yang berlaku tu kan ada hikmahnya. Dalam masa menunggu tu, aku berjaya siapkan satu karangan BI. Yeay! Happy kot walaupun satu je yang aku berjaya siapkan :) Lepas tu aku layan lak Demi Lovato punya performance. Best sangat! Xlive lahh, video je. Aku paling suka bila part die tarik tu >_< 

Dalam layan video tu, my umi pun call. Umi cakap yang dia on the way nak sampai lah. Arghh.. Cuak! Takut! but still in cool face. My umi akan mengetahui result aku. Hah! nk jawab apa lah nanti kan? Fikir dan fikir.. I got idea. Aku cakap lah aku xbaca time exam tu. End of story :) Haha. We wait that. Akhirnya my umi selamat sampai ke sekolah aku. Alhamdulillah. Aku pun wat lah muka happy je macam seolah-olah xde apa yang berlaku. Then aku temankan umi ambil result kat dewan. In 3,2 and 1.. Umi mulakan kata yang menarik. "Loqman.. kenapa teruk sangat result ni? Semua mata pelajaran jatuh ni. Kata nak gi oversea tapi result macam ni." aku pun jawab "Umi, Insya-allah man akan cuba yang terbaik untuk exam akan datang" 

Aku tau yang setiap parents nak kan yang terbaik daripada anak-anak mereka. So, para pelajar sekalian try as hard as much you can to make your parents proud :D Termasuk lah aku.. So, Loqman sedar lah diri tu sikit ehh yang SPM tu xlama lagi tau. Pray for us in SPM this year. That's all some story from me.

#TakeALook                      #SPM2014                          #SAM10                                  #BeYourSelf