Friday 18 July 2014

"Untukmu Saudara Palestin"

"Untukmu Saudara Palestin"


Assalamualaikum

Saat hari raya yang akan menjelma kita berpakaiankan baju baru, kasut baru dan sebagainya. Saudara kita di sana berpakaiankan darah, linangan air mata dan kehilangan orang tersayang. Allahu akbar! Betapa besarnya dugaan dan ujian yang diberikan ALLAH kepada mereka. Andai kita yang berada ditempat mereka, sanggupkah kita untuk menghadapinya? Sekadar melihat gambar-gambar sahaja sudah membuatkan kita terasa peritnya apatah lagi jika kita berada di situ.

Sekadar berdoa sahaja tidak mencukupi untuk membantu mereka, perlulah disulam dengan usaha-usaha yang istiqamah dan mampan. Persoalan yang perlu ditanya dalam diri setiap daripada kita.. Apakah bentuk bantuan yang boleh kita berikan untuk mereka? Ketenteraan? Kewangan? Salahkah kita untuk mengunakan nikmat yang ALLAH berikan untuk mereka? 

Kami terasa terpanggil untuk bersama-sama memberikan segala yang termampu untuk mereka. Oleh itu, sekolah kami telah melancarkan tabung "UNTUKMU SAUDARA PALESTIN" bagi membantu mereka dari segi bantuan kewangan. Mungkin ini hanyalah usaha yang amat kecil dapat kami lakukan. Kami percaya bahawa ALLAH tidak akan bertanya berapa banyak hasil yang anda dapat tetapi ALLAh akan bertanya berapa banyak usaha yang telah kamu lakukan?


Kami menyeru rakan-rakan semua untuk bersama-sama membantu mereka!
Jika kita tidak dapat menjadi penderma, jadilah orang yang mencari penderma kerana kita juga Insya-allah akan mendapat sahamnya di akhirat kelak. 


Ingatlah rakan-rakan semua bahawasanya harta yang kita ada bukanlah milik kita melainkan kita menyalurkan harta tersebut ke jalan-jalan ALLAH.
Saya merayu dan memohon kepada rakan-rakan yang ALLAH telah berikan rezeki yang melimpah ruah untuk memberikan sumbangan. Sanggupkan anda melihat lebih banyak kematian yang berlaku mungkin kerana anda tidak membantu mereka? We Never Know That. Saya mengajak rakan-rakan semua untuk sentiasa bertanya soalan ini dalam diri sendiri. "Macam mana dengan apa yang aku ada ini dapat bantu aku di akhirat nanti?" Renung-renungkan dan ambil tindakan. 

Terima kasih sudi menyumbang dan membantu :) Semoga usaha murni rakan-rakan semua mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat. Insya-ALLAH.


No comments:

Post a Comment